Wednesday, October 29, 2014

Aktiviti Sepanjang Tahun

Sambutan Bulan Kemerdekaan
Bekerjasama dengan UBK menghias Bilik Unit Bimbingan & Kaunseling
Aktiviti 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'

Lagu Rukun Negara [5 Prinsip Rukun Negara]




Lirik Lagu Lima Prinsip Rukun Negara

Lima Prinsip Rukun Negara
Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Sekali Sekala Dibaca Semata
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Chorus:
Amalkanlah Rukun Negara
Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Lima Prinsip Rukun Negara

Ikrar:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang‐Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
Itulah Lima Prinsip Rukun Negara

Lagu Ciptaan : Dato’ Wah Idris
Lirik Oleh : Dato’ Cosmas J. Abah
Dato’ Azman Amin Hassan

Prinsip Rukun Negara


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita‐cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi‐tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita‐cita
tersebut berdasarkan atas prinsip‐prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Carta Organisasi

Carta Organisasi Guru

Carta Organisasi Murid

Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara

Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip‐prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip‐prinsip tersebut supaya mereka benar‐benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian.

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
  • Memperkenalkan prinsip‐prinsip Rukun Negara;
  • Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;
  • Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;
  • Menjadikan prinsip‐prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.